Friday, August 21, 2015



Bentuk konten Nabi Muhammad adalah pelbagai. Bagaimana pula boleh dikatakan pelbagai sedangkan di zaman Nabi rokok pun belum lagi tercipta lagi.
Kaedah Nabi Muhammad menerangkan Islam menggunakan cara bercakap secara langsung, secara tidak langsung, menunjukkan cara, memberi respon terhadap soalan atau situasi dan sebagainya.
Para pengikut Nabi Muhammad melihat sendiri setiap paparan konten sama ada secara langsung atau melalui pemberitahuan daripada orang lain.
Secara 'live' Saidina Umar al-Khattab melihat perut Nabi berbekas disebabkan baginda baring di atas tikar pelepah tamar. Beliau menitiskan air mata melihat tingkah laku Nabi itu. Kesan tindakan Nabi itu memberi pengaruh dalam hidup Saidina Umar.
Secara langsung para sahabat melihat tingkah laku Nabi Muhammad (video) melakukan perbuatan-perbuatan yang tepat ajaran Islam. Selain itu, Nabi memberi penerangan tentang amalan Islam tertentu (video dan audio), kemudian mereka membaca tulisan Al-Quran (teks) yang dicatat atau mendengar sendiri bacaan ayat Al-Quran dari Nabi Muhammad atau para sahabat yang lain.
Memandangkan konten Nabi Muhammad itu berpengaruh. Maka para sahabat akan 'share' konten Nabi itu kepada orang lain dan ia menjadi teks pengajaran sehingga kini.
Ya, konten Nabi Muhammad berpengaruh, sangat berpengaruh. Apakah ciri-ciri konten Nabi Muhammad selain menyentuh hati?
Bersambung...
Bacaan ini bagus untuk diteliti, http://www.entrepreneur.com/article/245003

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Followers

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © Content Marketing Gaya Nabi Muhammad -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -