Friday, August 21, 2015


Di antara ciri konten Nabi Muhammad ialah isi konten itu sendiri. Isi konten Nabi Muhammad adalah informasi. Sama ada ayat Al-Quran atau hadith sebagai ucapan beliau, ia mengandungi informasi.
Apabila Islam muncul, adalah berisiko seandainya maklumat yang dibawa oleh Rasulullah sama seperti maklumat daripada agama lain.
Justeru, ciri konten Nabi Muhammad yang berpengaruh adalah kandungan konten yang baharu. Sama ada informasi yang baharu atau persembahan yang baharu. Persembahan yang baharu pula mengandungi nilai tambah tertentu sama ada nilai pada susunan konten atau nilai pada pengalaman membaca, mendengar dan menatapnya.
Informasi baharu dan nilai yang baharu ini menarik hati dan perasaan sesiapa sahaja pada ketika itu. Sehinggakan ia membuatkan hati seseorang 'cair' mendengar dan membacanya, terkedu apabila melihat sendiri tindak tanduk Nabi.
Konten baharu ini merangkumi informasi dan persembahan. Persembahan pula mengandungi nilai-nilai unik bagi setiap pembaca. Ia membuatkan konten itu memenuhi 'persona' pembaca.
Apa itu persona? Mohon komen.
Bersambung...

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Followers

Popular Post

Powered by Blogger.

- Copyright © Content Marketing Gaya Nabi Muhammad -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -